More

    POS Malaysia perkenalkan kod pengesahan 6 digit, tidak perlu beri nombor IC waktu terima bungkusan

    Biasanya, penerima sebarang bungkusan dari Pos Laju perlu memberitahu nama dan nombor kad pengenalan kepada posmen apabila bungkusan tersebut tiba di rumah mereka. Mulai hari ini, penerima tidak perlu lagi berbuat demikian kerana Pos Malaysia telah memperkenalkan sistem pengesahan baru yang berasaskan kod enam digit.

    Sebelum bungkusan dihantar, penerima bungkusan akan menerima mesej SMS yang mengandungi kod enam digit unik. Sebaik sahaja bungkusan sampai, penerima hanya perlu menyatakan enam digit tersebut untuk pengesahan identiti.

    Kaedah ini bertujuan mengurangkan interaksi di antara posmen dan penerima bungkusan bagi mengekalkan penjarakan sosial. Di samping itu, penerima juga akan terlindung daripada sebarang penjenayah yang berpura-pura menjadi posmen untuk mendapatkan maklumat identiti penerima.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured