More

    Pos Malaysia umum notis baharu, barangan yang dipos selepas 27 April akan dihantar bermula 5 Mei

    Kepada mereka yang kerap membeli barang dalam talian atau menggunakan perkhidmatan pengeposan melalui Pos Malaysia, anda dinasihatkan bahawa menguruskan hal pengeposan sebelum 27 April ini. Hal ini kerana Pos Malaysia mengeluarkan notis kemas kini terbaharu tentang hari operasinya menjelang Aidilfitri.

    Seperti dalam hantaran yang disiarkan dalam Facebook Pos Malaysia, syarikat itu menunjukkan tarikh pengeposan dan penerimaan barang ketika percutian Aidilfitri. Tarikh yang disyorkan untuk membuat pengeposan adalah sebelum 27 April 2022. Jika anda pos selepas tarikh tersebut, pihak Pos Malaysia akan menghantarnya selepas 5 Mei 2022.

    Namun, terdapat dua pilihan tarikh di mana 25 April adalah untuk keseluruhan penghantaran di Malaysia manakala 27 April disyorkan untuk pengeposan dalam Semenanjung Malaysia. Sekali lagi anda diingatkan bahawa menguruskan pengeposan lebih awal sebelum musim Aidilfitri menjelang.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: FB Pos Laju

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...