More

    Poster acahan pelancaran paparkan Redmi K40 warna hitam, tiga kamera belakang

    Mungkin peminat sudah sering melihat imej rekaan atau gambar siri Redmi K40 yang tertiris di Internet. Namun, kali ini Pengurus Awam Redmi Lu Weibing mengongsikan satu lagi acahan poster pelancaran siri Redmi K40.

    Melalui paparan poster ini, rekaan modul kamera belakang Redmi K40 dapat dilihat dengan jelas dan sekaligus mengesahkan kehadiran pilihan warna hitam. Rekaan modul kamera belakang turut memperlihatkan tetapan tiga kamera, namun masih tiada pengesahan spesifikasi kamera.

    Anda boleh membaca berita lepas mengenai jangkaan spesifikasi siri Redmi K40 di pautan ini. Sepintas lalu, Redmi K40 dikatakan bakal hadir dengan skrin LCD FHD+ 120Hz, Snapdragon 870, RAM 8GB, storan 128GB dan sokongan 5G. Ia dijangka bermula pada harga sekitar 2,999 Yuan (~RM1,869) dan akan dilancar di pasaran China pada 25 Februari 2021.

    Apakah pendapat anda mengenai rekaannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91Mobiles

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured