More

    Poster dan spesifikasi vivo V21e 5G tertiris, kamera berbeza dengan vivo V21e

    vivo V21e telah pun dilancar untuk pasaran Malaysia pada bulan April dan kini vivo akan melancarkan varian vivo V21e 5G pula. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan dilancarkan di India terlebih dahulu dan bukannya di Malaysia seperti pelancaran siri vivo V21 sebelum ini.

    vivo telah melantik pemain kriket terkenal dari India, Virat Kohli, untuk menjadi duta bagi mempromosikan telefon tersebut jadi ini menunjukkan bahawa ia mungkin akan diutamakan untuk pasaran India terlebih dahulu. Daripada poster yang telah tertiris, ia akan ditawarkan dalam warna yang sama dengan vivo V21e iaitu Diamond Flare dan Roman Black.

    Walau bagaimanapun, vivo V21e 5G hanya mempunyai dua kamera di belakang yang terdiri daripada kamera 64MP dan kamera 8MP, manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 32MP. Ini adalah berlainan dengan vivo V21e yang dilengkapi tiga kamera di belakang dan kamera swafoto 44MP di hadapan.

    Selain daripada itu, spesifikasi kedua-dua telefon adalah sama iaitu skrin AMOLED 6.44 inci, cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 8GB+3GB, storan 128GB, bateri 4,000mAh dan pengecasan pantas 44W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V21e 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...