More

    Poster iQOO 8 tertiris, sahkan cipset Snapdragon 888 Plus

    Peminat telefon pintar tempatan kini teruja dengan kehadiran jenama iQOO di Malaysia baru-baru ini, dan telefon terbaru yang akan dilancarkan oleh jenama China itu pasti amat dinanti-nantikan. Selepas mengesahkan pelancaran iQOO 8 pada 17 Ogos, kini sebuah poster telefon tersebut telah tertiris di mana ia menunjukkan rupa telefon serta beberapa spesifikasi utama.

    Poster tersebut mengesahkan bahawa iQOO 8 akan dilengkapi paparan dengan resolusi 2K, pengecasan pantas 120W, tiga kamera dan cipset Snapdragon 888 Plus. Ini menjadikan iQOO 8 antara telefon terawal yang dilengkapi cipset tersebut, selepas pelancarannya pada bulan Jun.

    Sebelum ini, iQOO telah pun berkongsi ciri-ciri skrin telefon ini yang berukuran 6.78 inci, menggunakan paparan E5 LTPO, menyokong warna 10-bit, resolusi 2K dan mempunyai ketumpatan 517 piksel per inci (ppi). Dengan paparan LTPO, skrin ini mungkin boleh mengubar kadar segar semula secara automatik di antara 1Hz hingga 120Hz.

    Selain itu, spesifikasi iQOO 8 yang dikhabarkan setakat ini adalah RAM 12GB, RAM tambahan (virtual) 4GB, storan dalaman 256GB, bateri 4,500mAh dan pengimbas cap jari bawah skrin.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO 8 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured