More

    Pra pesanan OnePlus Buds Z dibuka : Harga promosi RM199, jimat RM30

    Pada hari ini, OnePlus Malaysia telah mengumumkan pelancaran earbuds terbaru mereka, OnePlus Buds Z. OnePlus Buds Z adalah earbuds kedua OnePlus tahun ini selepas OnePlus Buds yang telah dilancarkan bersama OnePlus Nord pada bulan Ogos yang lalu.

    OnePlus Buds Z kali ni hadir dengan ciri Bass Boost yang dapat menghasilkan bunyi dengan bass yang lebih tinggi. Selain itu, OnePlus Buds Z ini juga hadir dengan ciri kalis air IP55, berat 4.35g dan mampu bertahan sehingga 20 jam pengunaan dengan bateri yang penuh.

    OnePlus Buds Z dijual pada tanda harga RM229 bermula 12 Disember ini di kedai atas talian mereka. Terdapat promosi pra pesanan yang menurunkan harga peranti ini ke RM199 jika anda membuat deposit awal RM19.90 di kedai atas talian OnePlus Lazada.

    Adakah anda bakal membeli peranti dari OnePlus ini? Kongsikan bersama kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...