More

    Pra-tempah Horizon Forbidden West dibuka di Malaysia, pelbagai edisi bermula RM249

    Kini, Horizon Forbidden West tiba di Malaysia dengan pra-pesanan untuk sekuel video game popular itu di semua pengedar sah PlayStation dan kedai Sony bermula pada 14 Disember 2021. Terdapat juga beberapa edisi khas bagi peminat atau pengumpulĀ gameĀ ini.

    Game ini boleh didapati dalam enam jenis iaitu dua untuk PlayStation4 (PS4) dan yang lainnya hadir untuk versi PlayStation 5 (PS5). Edisi fizikal standard PS4 berharga RM249 manakala edisi khas PS4 adalah RM299. Untuk pemain PS5 pula, salinan fizikalnya bermula pada RM299, edisi khas PS5 berharga RM339, edisi pengumpul berharga RM839 dan edisi Regalla berharga RM1,099.

    Anda boleh membuat pra-pesanan versi digital untuk Horizon Forbidden West di PlayStation Store (PS Store) dan memilih antara edisi digital standard dan edisi digital deluxe. Anda akan mendapatĀ gameĀ penuh dan Nora Legacy Outfit And Spear khas bagi mereka yang membuat pra-pesanan.

    Selain itu, pelanggan pra-pesanan fizikal pula berpeluang mendapatkan salah satu daripada tiga insentif pra-pesanan iaitu Focus Keychain, Horizon Forbidden West Cap atau Tremortusk 3D Puzzle. Anda boleh ke pengedar sah untuk dapatkan butiran mengenai pra-pesanan edisi fizikal.

    Horizon Forbidden West akan dikeluarkan pada 18 Februari 2022 di PS4 dan PS5 secara global. Anda boleh lawati laman web PlayStation untuk maklumat lanjut. Sementara itu,Ā komen diĀ FacebookĀ kami dan teruskan bersamaĀ Rakan Teknologi Utama MalaysiaĀ untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured