More

    Pra-tempah Malaysia: Samsung Galaxy Note10 Lite, S10 Lite, A71 dan A51, harga bermula dari RM1,299 termasuk hadiah bernilai sehingga RM369

    Sebelum Tahun Baru Cina, telah dimaklumkan bahawa Malaysia akan menerima Samsung Galaxy Note 10 Lite, Galaxy S10 Lite, Galaxy A71 dan Galaxy A51 tidak lama lagi. Sekarang, telefon-telefon itu sudah pun boleh ditempah di kedai-kedai Samsung rasmi atau lain-lain tempat yang diiktiraf dengan harga bermula daripada RM1,299. Berikut adalah butiran yang anda perlu tahu tentang pra-tempah peranti-peranti ini.

    Pra-tempah akan bermula daripada 3 hingga 5 Februari sementara stok masih ada. Pelanggan yang menempah Galaxy Note 10 Lite atau Galaxy S10 Lite akan menerima seutas jam tangan Galaxy Fit (bernilai RM369) sebagai hadiah, manakala pelanggan yang menempah Galaxy A71 atau Galaxy A51 akan diberikan skim waranti Protection Plus masing-masing bernilai RM119 dan RM185, yang menyertakan perkhidmatan lanjutan jaminan selama satu tahun dan perlindungan skrin untuk satu kali.

    Jika anda memilih untuk menunggu tarikh pelancaran, peranti-peranti ini akan dikeluarkan secara rasmi pada 7 Februari. Untuk maklumat spesifikasi penuh, sila baca senarai di bawah:

    Spesifikasi Galaxy S10 Lite (RM2,699)

    • Cipset Snapdragon 855
    • Paparan Super AMOLED (1080p) berukuran 6.7 inci
    • RAM 8GB + ROM 128GB
    • Kamera utama 48MP dengan penstabil imej optik (OIS) + kamera ultra-lebar 12MP + kamera makro 5MP, kamera selfie 32MP
    • NFC, USB Type-C, modul pengimbas cap jari di bawah skrin optik
    • Wi-Fi 802.11 a / b / g / n / ac, Bluetooth 5.0, 4G LTE
    • Bateri berkapasiti 4,500mAh

    Spesifikasi Galaxy Note10 Lite (RM2,299)

    • Cipset Exynos 9810
    • Paparan Super AMOLED (1080p) berukuran 6.7 inci
    • RAM 8GB + ROM 128GB
    • Kamera utama OIS 12MP + kamera telefoto OIS 12MP + kamera ultra-lebar 12MP, kamera selfie 32MP
    • NFC, USB Type-C, modul pengimbas cap jari di bawah skrin optik, bicu audio 3.5mm
    • Wi-Fi 802.11 a / b / g / n / ac, Bluetooth 5.0, 4G LTE
    • Bateri berkapasiti 4,500mAh

    Spesifikasi Galaxy A71 (RM1,799)

    • Cipset Snapdragon 730
    • Paparan Super AMOLED (1080p) berukuran 6.7 inci
    • RAM 8GB + ROM 128GB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar OIS 12MP + kamera makro 5MP + pengesan kedalaman 5MP, kamera selfie 32MP
    • NFC, USB Type-C, modul pengimbas cap jari di bawah skrin optik, bicu audio 3.5mm
    • Wi-Fi 802.11 a / b / g / n / ac, Bluetooth 5.0, 4G LTE
    • Bateri berkapasiti 4,500mAh (pengecasan pantas 25W)

    Spesifikasi Galaxy A51 (RM1,299)

    • Cipset Exynos 9611
    • Paparan Super AMOLED (1080p) berukuran 6.5 inci
    • RAM 6GB + ROM 128GB
    • Kamera utama OIS 48MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera makro 5MP + pengesan kedalaman 5MP, kamera selfie 32MP
    • NFC, USB Type-C, modul pengimbas cap jari di bawah skrin optik, bicu audio 3.5mm
    • Wi-Fi 802.11 a / b / g / n / ac, Bluetooth 5.0, 4G LTE
    • Bateri berkapasiti 4,000mAh (pengecasan pantas 15W)

    Jika anda berminat, anda boleh lawati mana-mana pautan di bawah.

    "
    "

    Adakah anda berminat untuk membuat pra-tempahan untuk mana-mana peranti di atas? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini tentang Samsung dan lain-lain teknologi.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured