More

    Pra-tempahan awal untuk OPPO Reno6 kini dibuka, hadiah percuma bernilai RM779 menanti anda

    Para peminat OPPO di Malaysia boleh menonton pelancaran siri OPPO Reno6 pada 5 Ogos ini jam 6:30 petang. Jika anda sangat teruja dengan kehadiran telefon pintar ini, OPPO Malaysia telah membuka pra-tempahan awal untuk OPPO Reno6 bermula 28 Julai sehingga 4 Ogos 2021.

    Dengan pra-tempahan awal ini, pelanggan akan menerima hadiah percuma bernilai RM778 iaitu fon telinga wayarles OPPO Enco Buds, storan HeyTap Cloud Service 1TB untuk setahun, aksesori OPPO Smart Tag dan pembesar suara Bluetooth.

    Pra-tempahan awal untuk OPPO Reno6 Z dan Ren6 5G boleh dilakukan di kedai OPPO Brand Stores atau pengedar sah, di mana anda hanya perlu membayar RM100 sebagai wang cengkeram. Jika anda ingin membayar cengkeram yang lebih murah, anda boleh pra-tempah di OPPO Online Store di mana anda hanya perlu membayar RM19.90 dan 300 pelanggan pertama akan mendapat baucar RM120 serta bank tenaga.

    Anda juga boleh membuat pra-tempahan awal dalam Shopee, di mana 300 pembeli pertama akan menerima kotak hadiah bernilai RM99. Selain itu, jika anda berkongsi pautan (link) pra-tempahan Reno6 kepada empat rakan, anda boleh dapatkan baucar RM30 yang boleh digunakan pada 30 Julai hingga 14 Ogos 2021.

    Khas untuk ahli My OPPO App, mereka akan menerima baucar Shopee bernilai RM30 dengan setiap pra-tempahan Reno6.

    Adakah anda akan buat pra-tempahan untuk Reno6? Beritahu kami di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured