More

    Pra-tempahan OPPO Reno6 Z 5G Shiseido Gift Box pada 2 Disember ini, menangi hadiah bernilai RM450!

    OPPO melancarkan OPPO Reno6 Z 5G Shiseido Gift Box dengan pra-tempahan bermula pada Khamis ini, 2 Disember 2021. Hanya 300 pelanggan pertama sahaja berpeluang untuk memiliki OPPO Reno6 Z 5G Shiseido Gift Box. Pelanggan boleh mengambil peluang ini untuk membeli-belah sempena Krismas dan hadiah akhir tahun.

    OPPO Reno6 Z yang bernilai RM 1,699 ini hadir dengan hadiah percuma istimewa daripada OPPO dan Shiseido bernilai sehingga RM 450, seperti:

    1. OPPO x Shiseido Gift Box edisi terhad

    2. Sarung telefon OPPO x Shiseido Reno6 Z edisi terhad

    3. 1x produk kosmetik Shiseido terpilih

    Pelanggan terpilih yang membeli OPPO Reno6 Z Shiseido Gift Box semasa tempoh kempen akan menerima Shiseido Synchro Skin Radiant Lifting Foundation secara percuma bernilai RM210. Mereka juga akan menerima perundingan dengan pakar Shiseido tentang cara mencari rona asas yang padan dengan kulit mereka.

    Mulai hari ini hingga 31 Januari 2022, ahli OPPO yang berdaftar bakal menikmati perkara berikut daripada Shiseido:

    1. Rebat segera RM50 dengan pembelian minimum RM300 di kedai dalam talian Shiseido.

    "
    "

    2. Kit Pensampelan Shiseido Ultimune percuma di cawangan Shiseido di Sunway Pyramid, Mid Valley dan Suria KLCC (tiada pembelian diperlukan)

    3. 4 keping set hadiah Shiseido dengan mana-mana pembelian minimum RM380 produk Shiseido di Sunway Pyramid, Mid Valley dan Suria KLCC.

    Ahli Shiseido yang berdaftar juga layak mendapat rebat RM50 apabila membeli telefon pintar baharu siri OPPO Reno6 dan produk IoT terpilih seperti OPPO Enco Buds, OPPPO Enco Air dan OPPO Band. Anda perlu mendaftar sebagai ahli Shiseido di camellia.shiseido.com.my dan keluarkan EDM anda untuk menunjukkan kod rebat RM50 yang boleh digunakan di mana-mana kedai jenama OPPO yang mengambil bahagian.

    Lawati laman web rasmi OPPO untuk membuat pra-tempahan pada 2 Disember nanti sambil komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured