More

    Pra-tempahan untuk ASUS ROG Phone 5 Ultimate akan dibuka di Malaysia, berharga RM4,999

    Siri telefon pintar gaming andalan ASUS ROG Phone 5 telah pun mula dijual di Malaysia sejak bulan Mac 2021 namun varian tercanggih dalam siri tersebut, ROG Phone 5 Ultimate, tidak dilancarkan dengan serentak bersama varian lain untuk pasaran tempatan. Kini, peminat ROG Phone di Malaysia boleh mendapatkan ROG Phone 5 Ultimate pada harga RM4,999.

    Pra-tempahan tersebut akan dibuka bermula 8 Ogos hingga 21 Ogos 2021 di Shopee dan Lazada. Pelanggan ROG Phone 5 Ultimate bakal menerima hadiah percuma bernilai RM1,099 iaitu fon kepala ROG Strix Go Core serta kotak Ultimate Fan Gift Box Collection yang mempunyai pelbagai aksesori bertemakan ROG.

    ROG Phone 5 Ultimate dilengkapi spesifikasi yang hampir sama dengan telefon lain dalam siri ROG Phone 5, kecuali pada memorinya iaitu setinggi RAM 18GB dan storan dalaman 512GB. Berikut adalah spesifikasi penuh ROG Phone 5 Ultimate:

    • Cipset Snapdragon 888
    • Skrin AMOLED HDR10+ 6.78 inci 144Hz dengan kadar bacaan sentuhan 300Hz
    • RAM LPDDR5 18GB
    • Storan dalaman UFS3.1 512GB, tidak boleh dibesarkan
    • Kamera utama 64MP dengan sensor Sony IMX686 + kamera ultra-lebar 13MP dengan sudut penglihatan 125 + kamera makro 5MP
    • Kamera swafoto 24MP
    • Dilengkapi penstabilan imej elektronik (EIS), menyokong rakaman sehingga 8K 30fps, gerak perlahan 4K 120fps
    • Dwi-bateri 6,000mAh (3,000mAh+3,000mAh)
    • Pengecasan pantas 65W
    • Dwi-pembesar suara stereo Dirac HD Sound
    • Empat mikrofon dengan OZO Noise Reduction Technology
    • Dwi-kad SIM
    • Bicu audio 3.5mm, port USB-C di bahagian sisi
    • Sistem operasi Android 11 dengan perisian ROG UI

    Layari laman web ASUS ROG Malaysia untuk maklumat lanjut tentang telefon gaming premium ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...