More

    Pratunjuk Android 11 kini hadir untuk pembangun

    Android 11 kini muncul, tetapi hanya untuk pembangun. Halaman pratunjuk yang muncul beberapa hari lepas sebelum ianya dipadam, kini pratunjuk Android 11 tersedia dan disahkan oleh Google. Dengan versi Android terbaru ini, terdapat beberapa ciri yang boleh kita lihat.

    Perlu diingatkan bahawa pratunjuk ini hanya untuk pembangun dan perlu dimuat turun secara manual ke Google Pixel 2, 3, 3a atau 4. Kebanyakan dari kita mungkin tidak dapat mengujinya, tetapi Google telah menyenaraikan beberapa perubahan dalam Android Developers Blog. Anda boleh lihat ciri Bubble yang pertama kali diperkenalkan pada Disember tahun lepas.

    Rakan teknologi 9to5Google juga berhasil untuk menguji dan menyenaraikan perubahan dan ciri baru Android 11. Agak susah untuk hadam perubahan ini, jadi kami akan menyenaraikan beberapa ciri yang mungkin menarik perhatian anda.

    • Sejarah notifikasi (notification history) – Log notifikasi yang diubah suai menunjukkan apa yang anda telah terlepas lihat
    • Perkongsian bateri (battery share) – Ciri caj balikan wayarles
    • Pengalihan langsung (live transcribe) – Ciri suara-ke-teks, mengalih panggilan ke teks
    • Tangkapan skrin tatal (scrolling screenshot) – Lihat seluruh halaman dan screenshot, sebelum ini ada pada peranti bukan Pixel
    • Rakaman skrin – Merakam skrin, juga sebelum ini ada pada peranti bukan Pixel
    • Penjadualan tema gelap – Mod gelap boleh dijadualkan
    • Gelembung (bubble) – Notifikasi perbualan seperti Facebook
    • Seksyen perbualan – Seksyen baru dalam ruang notifikasi untuk perbualan yang masih berlangsung pada aplikasi kegemaran pengguna

    Terdapat banyak lagi perubahan dan ciri baru, jadi jika anda berminat, anda boleh terus ke perkongsian di blog pembangun untuk membaca mengenainya. Untuk pengguna bukan pembangun aplikasi, ciri manakah yang anda paling suka setakat ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured