More

    PRE2.0: Rakyat Malaysia layak terima e-baucar sehingga RM100 untuk tempah bilik, penebusan di Shopee

    Rakyat Malaysia akan mendapat e-baucar bernilai dari RM50 hingga RM100 dengan menempah bilik hotel dalam talian melalui inisiatif Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE2.0) dari 15 Julai hingga 31 Dis.

    Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pelancaran inisiatif PRE2.0 dengan kerjasama Tourism Malaysia adalah untuk menggalakkan keluarga Malaysia menempah bilik hotel pada harga istimewa bagi meningkatkan pelancongan domestik.

    Beliau berkata antara penginapan yang terlibat dalam inisiatif itu ialah hotel di bawah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA) dan Rangkaian Hotel Seri Malaysia (RHSM) Sdn Bhd.

    Lebih 200 hotel di bawah MAH dan MAHO akan menawarkan e-baucar RM100 dengan pembelian minimum RM150 untuk 19,900 pelancong pertama manakala 229 hotel di bawah MyBHA akan menawarkan RM50 e-baucar dengan pembelian minimum RM60 untuk 7,960 pengguna.

    Selain itu, RHSM akan menawarkan rebat RM50 dengan pembelian minimum RM170 (bilik standard) atau RM210 (bilik keluarga) untuk 5,970 pembeli pertama di 19 hotelnya. Tempahan di RHSM boleh dibuat melalui walk-in, e-mel atau telefon. Semua e-baucar itu boleh diperolehi apabila menempah bilik hotel melalui aplikasi Shopee dengan had penebusan tiga kali ganda untuk setiap pemilik MyKad dari 15 Julai hingga 31 Dis.

    Sementara itu, Tourism Malaysia juga telah melancarkan program PRE2.0 pada 17 Mei dengan menawarkan diskaun dan rebat di bawah sektor agensi pelancongan, pengangkutan darat, taman tema, selam skuba, inap desa dan pengangkutan udara.

    Beritahu pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured