More

    Predator Helios 300 dan Acer Nitro 5 dilancar di Malaysia: Intel Core Generasi ke-12 dan RTX3080 bermula RM4399

    Hujung minggu ini, Acer Malaysia akan menganjurkan pameran bergerak dengan barisan peranti Predator dan Nitro terkini di Sunway Pyramid. Bukan itu sahaja, beberapa peranti sedang dalam jualan kilat (flashsale) serta beberapa promosi dan aktiviti untuk dicuba oleh orang ramai.

    Predator Helios 300 untuk tahun 2022 dilengkapi dengan cipset Intel Core i7 Generasi ke-12 bersama-sama sehingga GPU NVIDIA GeForce RTX3080 yang menyokong Kuasa Grafik Maksimum (MGP) yang lebih tinggi sehingga 150W. Walaupun reka bentuk kelihatan lebih kurang sama, tempat letak tangan lebih luas sedikit berbanding sebelumnya.

    Paparan menggunakan panel QHD 15.6 inci dengan nisbah skrin ke badan 80%, menyokong gamut warna 100% DCI-P3, kadar penyegaran 165Hz dan masa tindak balas 3ms. Bahagian storangnya menampilkan SSD storan sehingga 2TB dan sehingga DDR5 RAM 32GB (4800MHz).

    Kipas dwi AeroBlade 3D Gen Ke-5 juga dinaik taraf di mana kelajuan kipas boleh dikawal melalui butang PredatorSense yang berdekatan dengan pad nombor. Ciri lain ialah WiFi 6E dan Killer DoubleShot Pro (E2600+1675i) untuk sambungan pantas.

    Seterusnya, Acer Nitro 5 juga dikuasakan oleh Intel Core i7 Generasi ke-12 dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 3070Ti, RAM DDR4 sehingga 32GB dan SSD sehingga 1TB dengan slot SATA tambahan 2.5″. Tersedia dalam dua pilihan, komputer riba gaming 15.6 inci ini menawarkan paparan IPS QHD 165Hz atau paparan IPS FHD 144Hz yang menyokong 100% DCI P3 dan 45% gamut warna NTSC.

    Seperti PredatorSense yang kami nyatakan sebelum ini, Nitro 5 juga mempunyai fungsi serupa yang dipanggil NitroSense yang membolehkan pemain memantau, mengoptimumkan sistem, overclock CPU atau GPU dan menyesuaikan mod pencahayaan papan kekunci RGB 4 zon. Model terpilih Nitro 5 juga hadir dengan Kuasa Grafik Maksimum (MGP) dan semua model dilengkapi dengan Killer DoubleShot Pro (E2600+1675i) dan WiFi 6E.

    Untuk meraikan pelancaran Predator Helios 300 dan Nitro 5 serba baharu ini, pelanggan yang membeli komputer riba dari kedai rasmi Acer dan semua rakan kongsi sah sebelum 14 Julai 2022 akan layak menerima barangan bernilai sehingga RM833. Pelanggan yang membeli Predator Helios 300 dan Nitro 5 semasa jerayawara ‘It Lies Within’ juga akan mendapat pulangan tunai tambahan sehingga RM150.

    Didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun dan jaminan global setahun, Acer Nitro 5 menawarkan harga runcit bermula daripada RM4,399. Ia boleh didapati di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada. Harga Predator Helios 300 bermula daripada RM7,999 di platform yang sama yang dinyatakan di atas serta rakan kongsi Predator dan diberi jaminan selama 2 tahun dengan kerosakan tidak sengaja atau perlindungan kecurian.

    "
    "

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawati jerayawara di Sunway Pyramid. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...