More

    Predator Helios Neo 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core Ultra 9 berharga RM7,799

    Acer Malaysia hari ini memperkenalkan Predator Helios Neo 14 baharu dalam barisan peranti gaming mereka. Kompuer riba ini menampilkan skrin 14 inci sesuai untuk kegunaan kompak dan mudah alih. Berbanding peranti 16 inci dan 18 inci dalam barisan yang sama, Predator Helios Neo 14 boleh mencecah kuasa sebanyak 255W.

    Predator Helios Neo 14 dilengkapi cipset Intel Core Ultra 9 185H dengan pencepatan AI khusus dan GPU komputer riba NVIDIA GeForce RTX 4060 lengkap dengan DLSS 3.5 yang dikuasakan oleh AI. Ia lengkap dengan paparan WQXGA+ beresolusi 3072×1920 piksel dengan kadar segar semula 165Hz, menyokong spektrum warna sRGB sepenuhnya dan NVIDIA G-SYNC.

    Untuk memastikan prestasi kekal optimum, Predator Helios Neo 14 menampilkan Sistem Penyejukan Predator yang mempunyai sistem dwi kipas dengan kipas AeroBlade™ 3D gen-5 bagi mengandalikan teknologi Vortex Flow. Tambahan, penggunaan gris cecair logam di atas cip pemproses dan saliran haba vektor dapat meningkatkan pemindahan dan muatan haba.

    Untuk sambungan, Predator Helios Neo 14 juga dilengkapi dengan Intel Killer Wi-Fi 6E, port USB-C ThunderBolt™ 4 dan slot MicroSD. Ciri AI yang terdapat pada komputer riba ini ialah Acer PurifiedVoice™ 2.0 untuk penghapusan bunyi latar dan kamera web Acer PurifiedView™ untuk gambar/video yang lebih jelas.

    Predator Helios Neo 14 tersedia di Acer eStore, penjual rasmi Acer di seluruh negara, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazda dengan harga rasmi RM7,799. Menariknya, para pelanggan yang membeli peranti ini sebelum 24 Mei 2024 akan menerima satu Bagasi 20” Acer Melbourne bernilai RM999.

    Beritahu kami jika anda berminat dengan komputer riba ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...