More

    Prestasi bateri iPhone 12 tidak sebagus telefon 5G yang lain

    Sokongan rangkaian 5G merupakan antara ciri jualan utama untuk siri telefon iPhone 12. Umum diketahui bahawa hubungan 5G akan menggunakan lebih banyak bateri berbanding 4G, malah Apple turut memperkenalkan fungsi penjimatan bateri untuk penggunaan 5G dalam iPhone 12 dengan mematikan antena 5G jika rangkaian tersebut tidak dikesan.

    Jadi bagaimanakah prestasi bateri iPhone 12 jika dibandingkan dengan telefon 5G yang lain? Laman web teknologi Tom’s Guide telah melakukan perbandingan tersebut dan malangnya iPhone 12 tidak mencatatkan prestasi bateri yang bagus. Baterinya habis dengan lebih cepat berbanding Samsung Galaxy S20 5G, Galaxy S20 Plus 5G, OnePlus 8T 5G dan Google Pixel 5. iPhone 12 tahan selama 8 jam 25 minit shaja, manakala iPhone 12 Pro pula selama 9 jam 6 minit.

    Apa yang agak mengecewakan adalah walaupun sewaktu iPhone 12 menggunakan hubungan 4G, ia masih mempunyai bateri yang lebih lemah berbanding iPhone 11. iPhone 12 mencatatkan masa 10 jam 23 minit, manakala iPhone 11 pula lebih lama iaitu 11 jam 16 minit. Walau bagaimanapun, iPhone 12 Pro mencatatkan masa yang lebih baik berbanding iPhone 11 Pro untuk hubungan 4G.

    Dalam ujian tersebut, Tom’s Guide menggunakan semua telefon dengan tahap keterangan skrin 150 nits dan melayari internet sehingga bateri kehabisan cas. OnePlus 8T 5G merupakan telefon yang paling lama bertahan dalam ujian tersebut, dengan tempoh penggunaan 5G selama 10 jam 49 minit.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Tom’s Guide

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured