More

    Prestasi Exynos 2100 mungkin akan mengatasi Snapdragon 875 dalam Samsung Galaxy S21

    Seperti biasa, telefon flagship Samsung Galaxy S21 dijangka akan terdapat dalam dua varian cipset iaitu Qualcomm Snapdragon 875 dan Exynos 2100. Keputusan ujian penanda aras Geekbench untuk Galaxy S21 yang dilengkapi cipset Snapdragon 875 telah pun diterbitkan, dengan markah 3,319 untuk ujian multi-teras dan 1,120 untuk ujian teras tunggal.

    Walau bagaimanapun, terdapat sumber mengatakan bahawa cipset Exynos 2100 akan mengatasi prestasi Snapdragon 875, dengan markah Geekbench yang dijangka akan mencecah 4,000.

    Kedua-dua cipset mempunyai seni bina CPU yang serupa namun teras Prime X1 dalam Exynos 2100 akan mencecah kelajuan 2.91GHz manakala dalam Snapdragon 875 hanya akan mencecah 2.84GHz sahaja. Kelajuan yang lebih tinggi juga dipaparkan oleh teras Cortex-A78 dan Cortex-A55 yang dilengkapi dalam Exynos 2100.

    Walaupun jika prestasi CPU Exynos 2100 lebih tinggi daripada Snapdragon 875, tidak bermakna cipset Exynos adalah lebih baik kerana prestasi GPU dan pengendalian habanya masih tidak diketahui setakat ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured