More

    PRISM+ Q86 Ultra, S40 & S43 dilancar di Malaysia: TV QLED & DLED baharu bermula RM1,199

    PRISM+ Malaysia pada hari ini memperkenalkan beberapa televisyen baharu dalam rangkaian Google TV, terdiri daripada PRISM+ Q86 Ultra sebagai model paling mahal serta PRISM+ S40 dan PRISM+ S43 untuk mereka yang inginkan pilihan mampu milik.

    Bermula dengan Q86 Ultra, televisyen ini mempunyai panel QLED dengan Quantum Dot Technology dan sokongan HDR10+ untuk kawalan kecerahan, kontras dan penghasilan warna yang lebih baik. Dolby Vision meningkatkan lagi prestasi HDR, manakala Dolby Atmos menawarkan kualiti audio yang jelas.

    Ia turut mempunyai Motion Smoothing untuk menghasilkan tontonan yang lebih lancar dan mengurangkan kabur gerakan (motion blur). Selain itu, Filmmaker Mode pula boleh memainkan filem dengan format asal, tanpa sebarang perubahan yang dihasilkan oleh televisyen tersebut.

    Untuk para gamers pula, televisyen ini boleh memaparkan imej 4K 120Hz melalui port HDMI 2.1 (eARC) serta sokongan Game Mode, Auto Low Latency Mode dan Variable Refresh Rate untuk visual yang lancar.

    PRISM+ Q86 Ultra dijual di Malaysia pada harga RM7,999.

    Sementara itu, PRISM+ S40 dan PRISM+ S43 adalah televisyen mampu milik dengan paparan Full HD Direct LED (D-LED) yang berukuran 40 dan 43 inci. Teknologi D-LED menawarkan penghasilan imej dengan kontras dan seragaman hitam (black uniformity) yang lebih baik, lantas boleh memberikan pengalaman sinematik dengan warna yang cantik.

    Ia juga menyokong teknologi HDR10, dengan gamut warna sRGB 99% dan penghasilan 16.7 juta warna daripada paparan D-LED.

    PRISM+ S40 dijual pada harga RM1,199, manakala PRISM+ S43 pula dijual pada harga RM1,349.

    "
    "

    Ketiga-tiga televisyen mempunyai fungsi Google TV yang menawarkan lebih 700,000 filem dan siri televisyen daripada aplikasi penstriman popular. Ia juga mempunyai fungsi Google Assistant, Chromecast dan Kids Profile.

    Selain itu, pelanggan yang membeli mana-mana tiga televisyen di atas boleh mendapatkan langganan percuma untuk Viu selama 12 bulan serta WeTV, mewatch dan Durioo+ selama tiga bulan.

    Anda boleh beli televisyen PRISM+ dalam laman web PRISM+, Lazada, Shopee atau TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan televisyen ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured