More

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High Tech Valley (AHTV), Tanjung Malim. Langkah pengeluaran tempatan merangkumi proses pemasangan pek bateri serta pemasangan akhir kenderaan.

    Proton e.MAS 7 PHEV mencatatkan pendaftaran tahunan (YTD) sebanyak 4,500 unit dengan jumlah tempahan keseluruhan melebihi 11,000 unit. Inisiatif pemasangan tempatan melibatkan penggunaan 30% komponen yang diperoleh daripada pembekal tempatan merentasi rantaian nilai automotif.

    Kilang EV ini disokong oleh seramai 391 kakitangan sedia ada. Bagi menyokong peningkatan kandungan tempatan, PROTON merancang memperluaskan kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) di AHTV dengan pelaburan sebanyak RM37 juta untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 42,000 unit setahun.

    Menerusi pengeluaran CKD, PRO-NET memperkenalkan penambahbaikan ciri baharu pada varian Proton e.MAS 7 PHEV Premium dan Premium Plus. Kedua-dua varian kini dilengkapi dengan fungsi kerusi urut di bahagian hadapan untuk pemandu dan penumpang.

    Daripada segi spesifikasi, Proton e.MAS 7 PHEV dikuasakan oleh teknologi EM-i Advanced Hybrid yang menggabungkan enjin petrol dan motor elektrik. Sistem penjana kuasa ini mencatatkan kadar penggunaan bahan api serendah 4.3L/100km, jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 170km serta jumlah jarak perjalanan gabungan sehingga 1,065km.

    Ia turut dilengkapi sokongan pengecasan pantas DC dan sistem keselamatan ADAS. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...