More

    Profesor Jepun bina skrin televisyen yang hasilkan perisa makanan dan boleh dijilat

    Seorang profesor dari Universiti Meiji di Jepun telah menghasilkan sebuah televisyen prototaip yang dilengkapi skrin unik, di mana ia boleh menghasilkan lapisan dengan perisa makanan dan pengguna boleh menjilat skrin tersebut untuk merasa perisa itu.

    Produk tersebut bernama Taste The TV (TTTV) dan telah dihasilkan oleh profesor Homei Miyashita bersama sekumpulan 30 orang pelajar. Televisyen itu dilengkapi 10 tin penyembur perisa makanan (flavour canisters), di mana ia akan menyembur gabungan perisa ke atas sehelai lapisan di atas skrin dan pengguna boleh menjilatnya.

    Seorang pelajar Universiti Meiji menunjukkan cara penggunaan skrin TTTV
    Perisa makanan akan disembur ke atas skrin, di mana pengguna boleh menjilatnya

    Profesor Miyashita mengatakan produk ini boleh membantu para pengguna untuk mencuba pelbagai jenis perisa makanan di seluruh dunia, tanpa perlu menghadiri ke negara yang menyediakan makanan tersebut. Ia juga akan membantu pengguna untuk merasai pengalaman makanan di negara lain dalam waktu pandemik COVID-19 yang menyukarkan sektor pelancongan.

    Beliau mengatakan versi komersial untuk TTTV mungkin akan berharga sekitar JPY100,000 (~RM3,628). Selain digunakan untuk tujuan pengiklanan makanan, ia juga boleh digunakan sebagai alat latihan untuk tukang masak serta alat permainan.

    Profesor Miyashita memasukkan perisa makanan ke dalam 10 tin penyembur

    Seorang pelajar Universiti Meiji turut menunjukkan demonstrasi penggunaan TTTV, di mana beliau ingin mencuba perisa coklat. Selepas menjilat skrin itu, beliau mengatakan perisanya manis seperti susu coklat.

    Profesor Miyashita berharap perisa makanan bakal menjadi sebuah komoditi yang boleh dimuat turun daripada internet, seperti yang dilakukan untuk lagu. Selain TTTV, beliau turut membangunkan produk makanan lain seperti sebatang garpu yang boleh menyedapkan makanan.

    Apakah pendapat anda tentang produk ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured