More

    Program Jaringan Prihatin dilancar, mudahkan golongan B40 untuk dapat akses internet

    Kerajaan hari ini telah melancarkan Program Jaringan Prihatan untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang akan memudahkan mereka untuk memperoleh perkhidmatan data internet atau membeli peranti elektronik. Program bernilai RM3.5 bilion ini adalah pelengkap kepada inisiatif MyDigital yang diumumkan Februari lalu.

    Di bawah program ini, penerima boleh pilih di antara dua pakej bantuan, iaitu pakej peranti atau pelan data bulanan. Golongan B40 yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan mendapat RM300 bagi pakej peranti atau RM180 bagi pelan data bulanan.

    Buat golongan B40 yang tidak mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah, mereka akan menerima bantuan RM180 untuk kedua-dua pakej. Layari laman web rasmi untuk maklumat penuh tentang kelayakan program ini.

    Program Jaringan Prihatin bertujuan dapat mengurangkan jurang digital di kalangan masyarakat, justeru mampu melonjakkan ekonomi Malaysia pasca-COVID. Pendaftaran untuk Jaringan Prihatin akan dibuka bermula hari ini (5 Mei) sehingga 31 Julai. Penerima yang layak boleh berdaftar dengan syarikat telekomunikasi pilihan mereka yang telah diiktiraf di bawah program ini.

    Sebanyak 12 syarikat telekomunikasi akan menyediakan bantuan ini iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.

    Inisiatif ini telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal RM1.5 bilion, kemudian ditambah lagi RM500 juta di bawah pakej bantuan PEMERKASA yang dilancar pada bulan Mac. Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan pula menyumbangkan lagi RM1.5 bilion, menjadikan dana keseluruhan untuk Program Jaringan Prihatin kepada RM3.5 bilion.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan memanfaatkan bantuan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured