More

    Program Rebat Bil Elektrik RM40 dilanjutkan sehingga akhir 2025

    Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Program Rebat Bil Elektrik RM40 akan diteruskan sehingga penghujung tahun 2025. Inisiatif ini merupakan bantuan bersasar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 bagi menampung bil elektrik bulanan sehingga RM40 untuk Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih.

    Bagi KIR yang mempunyai akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB), rebat ini akan diberikan secara automatik tanpa perlu membuat permohonan. Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun TNB berdaftar atau menyewa rumah, permohonan rebat untuk akaun elektrik pihak ketiga boleh dibuat melalui Kedai Tenaga terdekat dengan mengisi borang di semakanrebat.petra.gov.my.

    Setiap KIR hanya layak menerima rebat untuk satu akaun elektrik di bawah tarif Domestik A. Rebat maksimum yang diberikan ialah RM40 sebulan tanpa membawa baki ke bulan berikutnya sekiranya bil kurang daripada jumlah tersebut. Jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar lebihan jumlah bil tersebut.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi laman web rasmi atau Kedai Tenaga terdekat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X TNB

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured