More

    Promosi 11.11 myFirst tawar gajet khas untuk kanak-kanak bermula RM11

    Jenama teknologi kanak-kanak, myFirst kini mengumumkan kempen 11.11 “Big Deals for Little Hands” dengan tawaran menarik bermula serendah RM11. Promosi berlangsung dari 10 hingga 14 November 2025 yang merangkumi pelbagai produk popular termasuk jam tangan pintar, kamera dan fon kepala rekaan selamat khas untuk kanak-kanak.

    Kempen 11.11 kali ini menampilkan diskaun besar untuk produk terpilih seperti myFirst Fone R1c yang ditawarkan pada harga RM111 (harga asal RM599) kepada 11 pelanggan pertama dan myFirst Headphones BC Wireless Lite pada hanya RM11 dengan pembelian myFirst Fone S3 (harga asal RM799).

    Selain itu, pembelian myFirst Fone R2 (harga asal RM1,099) turut disertakan dengan myFirst Camera Insta Wi (harga asal RM599) pada harga RM11. Produk lain seperti myFirst 3dPen Make, myFirst Camera Insta 2 dan myFirst Sketch II turut disenaraikan pada harga promosi bermula RM11 sepanjang tempoh jualan.

    Barisan jam tangan pintar myFirst Fone menonjol dengan fungsi GPS masa nyata, panggilan suara dan video dua hala, mod kelas serta amaran SOS, disokong aplikasi kawalan ibu bapa myFirst Circle. Model S3/S3+ menambah baik daripada segi paparan Retina 1.4 inci, bateri tahan lama dan pemantauan degupan jantung.

    Promosi boleh didapati menerusi laman rasmi myFirst, Shopee dan Lazada bermula 8 malam pada 10 November hingga 14 November 2025, tertakluk kepada stok sedia ada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...