More

    Proton e.MAS 7 dilancar: Kenderaan EV pertama Malaysia bermula RM109,800

    Syarikat automotif nasional PROTON melalui cabang kenderaan tenaga baharunya, PRO-NET, telah melancarkan Proton e.MAS 7 sebagai kenderaan elektrik pertama Malaysia. Kenderaan ini dihasilkan dengan kerjasama rakan kongsi GEELY dan bakal ditawarkan dalam dua varian utama iaitu Prime dan Premium.

    Ia merupakan sebuah kenderaan SUV segmen C dengan unit pemanduan elektrik 12-dalam-1 yang boleh menjana kuasa sebanyak 160kW dan tork 320Nm. Ia boleh pecut daripada 0 hingga 100km/j dalam masa 6.9 saat sahaja, manakala jarak brek daripada 100km/j hingga berhenti sepenuhnya boleh dicapai sedekat 35 meter.

    Perbezaan antara varian Prime dan Premium adalah daripada segi bateri. Untuk varian Prime, baterinya berkapasiti 49.52kWh dengan jarak pemanduan WLTP 345km, manakala varian Premium mempunyai bateri 60.22kWh dengan jarak WLTP 410km.

    Kedua-dua varian menyokong pengecasan pantas DC yang membenarkan pengecasan daripada 30% hingga 80% dalam masa 20 minit sahaja, atau pemanduan sejauh 135km untuk pengecasan selamat 10 minit.

    Daripada segi ruang dalaman, ia mempunyai skrin 15.4 inci dengan resolusi 2.5K untuk mengawal hiburan serta mengakses peta pengecasan yang boleh bantu mencari lebih 1,700 stesen pengecas di seluruh negara. Sistem audionya terdiri daripada pembesar suara Flyme Sound 16.

    Ia juga mempunyai Sistem Bantuan Pemandu Tahap 2 (L2-ADAS), Kamera Pandangan 360 Darjah dan rating keselamatan 5 bintang ASEAN NCAP.

    Berikut merupakan harga atas jalan Proton e.MAS 7 (tanpa insurans):

    • e.MAS 7 Prime: RM109,800 (Semenanjung Malaysia), RM112,800 (Sabah & Sarawak)
    • e.MAS 7 Premium: RM123,800 (Semenanjung Malaysia), RM126,800 (Sabah & Sarawak)

    Sebagai promosi untuk pelancarannya, Proton menawarkan rebat bernilai RM4,000 terhadap harga atas jalan (tanpa insurans) untuk 3,000 pelanggan pertama.

    "
    "

    Selain itu, 3,000 pelanggan pertama juga akan membawa pulang enam Power Pack yang terdiri daripada pengecas rumah 7kW, V2L Adaptor, data internet 5 tahun tanpa had, jaminan kenderaan jarak tanpa had selama 6 tahun, jaminan bateri dan komponen bervoltan tinggi 8 tahun / 160,000km, kadar faedah 1.98% dari Proton Commerce sehingga RM3,000, serta rebat eksklusif untuk pelanggan Proton sehingga RM1,200.

    Layari laman web e.MAS 7 atau muat turun aplikasi Proton e.MAS untuk maklumat lanjut mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kenderaan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured