More

    Proton e.MAS 7 PHEV rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula sekitar RM110k

    Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) hari ini mengumumkan pembukaan tempahan bagi Proton e.MAS 7 PHEV iaitu model Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) pertama PROTON untuk pasaran Malaysia. Pengumuman tersebut dibuat susulan pemanduan siaran langsung selama 25 jam merentasi dua hari pengembaraan sejauh lebih 1,100 km dari Pulau Pinang ke Johor Bahru melalui Lebuhraya Utara–Selatan sebelum berakhir di PROTON Centre of Excellence (COE).

    Menurut PRO-NET, pemanduan jarak jauh itu bertujuan menguji kecekapan penggunaan sebenar, keupayaan pemanduan jarak jauh dan kesesuaian e.MAS 7 PHEV untuk keadaan jalan serta corak pemanduan di Malaysia. Kenderaan yang sama menamatkan keseluruhan perjalanan tanpa perlu mengisi minyak atau mengecas sebelum tiba di lokasi pengumuman.

    PRO-NET turut mendedahkan harga anggaran Proton e.MAS 7 PHEV yang dijangka berada dalam lingkungan RM110,000 hingga RM130,000. Tempahan kini dibuka dengan yuran RM99 termasuk rebat RM500 bagi 5,000 pelanggan terawal. Ia menggunakan sistem dwi-kuasa PHEV yang mengutamakan pemanduan elektrik dengan sokongan enjin petrol untuk fleksibiliti jarak jauh.

    Sistem ini merangkumi transmisi hibrid khusus 11-dalam-1, bateri Lithium Ferro Phosphate (LFP) serta pengurusan kuasa automatik antara mod EV dan hibrid.mModel ini turut dilengkapi ciri keselamatan ADAS, pemanduan elektrik yang senyap serta reka bentuk yang disasarkan untuk kegunaan bandar, perjalanan antara negeri dan pemanduan jarak jauh.

    Kepada yang berminat, anda boleh membuat tempahan melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau di bilik pameran Proton e.MAS sah di seluruh negara. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Proton e.MAS 7 PHEV dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...