More

    Proton e.MAS 7 PHEV tiba dengan warna Emerald Green, tempahan kini dibuka!

    PRO-NET memperkenalkan pilihan warna baharu Emerald Green untuk model Proton e.MAS 7 PHEV yang menambah variasi kepada barisan sedia ada ketika permintaan terhadap kenderaan elektrifikasi terus meningkat di Malaysia. Penambahan warna dibuat susulan penerimaan positif sejak pelancaran model berkenaan pada awal 2026.

    Warna Emerald Green diperkenalkan sebagai pilihan kekal dalam barisan Proton e.MAS 7 PHEV dan tempahan telah dibuka bermula hari ini. Proton e.MAS 7 PHEV dikuasakan teknologi EM-i Advanced Hybrid yang menggabungkan enjin 1.5 liter khusus hibrid bersama transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) 11-dalam-1.

    Sistem menghasilkan kuasa sehingga 160 kW dan 262 Nm tork di samping mencapai kecekapan terma sehingga 46.5%. Dengan kecekapan sistem keseluruhan mencecah 92.5%, model ini mampu beroperasi secara automatik antara mod EV, siri hibrid dan hibrid selari bergantung kepada keadaan pemanduan.

    Pemandu juga boleh memilih mod pemanduan Pure, Hybrid dan Power mengikut keperluan dengan kadar penggunaan bahan api serendah 4.3 liter bagi setiap 100 km serta anggaran kos servis 10 tahun di bawah RM8,000. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured