More

    PROTON lancar hab pengecasan DC pertama untuk EV di Tanjung Malim

    PRO-NET yang merupakan anak syarikat PROTON, hari ini merasmikan hab pengecasan pantas DC pertamanya di bangunan pentadbiran PROTON Tanjung Malim. Kemudahan ini dilengkapi dua pengecas DC dengan empat petak pengecasan berkuasa output 120kW yang membenarkan sehingga empat kenderaan elektrik dicas serentak.

    Ia juga merupakan infrastruktur pertama yang diurus sepenuhnya oleh PRO-NET tanpa bergantung pada pengendali pihak ketiga yang sekali gus memberi kawalan lebih baik terhadap harga, kebolehcapaian dan pengalaman pengguna. Hab pengecasan dibuka kepada semua pemilik EV tanpa mengira jenama selepas menerima kelulusan Lesen ST EVCS.

    Menariknya, pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi, hanya imbas kod QR untuk memulakan pengecasan dan membuat pembayaran melalui pelayar web. Pemilik Proton e.MAS dan smart masih boleh menggunakan aplikasi e.MAS dan Hello smart. Kadar caj ditetapkan pada RM0.80 setiap kWh (antara yang terendah di Malaysia).

    Sempena pelancaran, semua pengguna menikmati diskaun 50 peratus sepanjang Oktober 2025 menjadikan kadar hanya RM0.40 setiap kWh. Tanjung Malim akan menjadi pusat pemasangan EV tempatan pertama yang mewujudkan peluang pekerjaan, melatih bakat tempatan dan mengukuhkan lagi ekosistem EV Malaysia.

    Proton e.MAS yang diperkenalkan pada Jun 2024 pula kekal sebagai jenama kenderaan elektrik kebangsaan pertama dengan misi memperluas mobiliti lestari melalui inovasi dan kebolehpercayaan bertaraf antarabangsa. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured