More

    Proton lancarkan kilang EV pertama di Malaysia

    Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini meluncurkan kilang kenderaan elektrik (EV) Proton pertama di Malaysia yang terletak di Tanjong Malim, Perak. Ia dibangunkan atas kawasan seluas 2.2 hektar dan menelan kos pembinaan sekitar RM82 juta.

    Ia akan memulakan operasi berskala penuh pada bulan ini dan dalam fasa pertama, ia bakal mengilangkan model Proton EV e.MAS 7. Dalam fasa ini, ia dijangka boleh menghasilkan sekitar 20,000 unit EV setahun dan akan ditingkatkan kepada 45,000 unit setahun apabila kilang ini siap sepenuhnya.

    Kemudian ia akan diikuti dengan pengilangan e.MAS 5 dalam fasa kedua namun tarikh fasa tersebut masih belum diumumkan.

    Kilang ini dilengkapi pelbagai sistem digital canggih dan kawasan khas untuk EV, termasuklah pemasangan bateri, keselamatan voltan tinggi, ujian elektrik dan integrasi bahagian bawah EV.

    Dalam ucapan peluncuran kilang ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata ia menunjukkan kerjasama erat Malaysia-China melalui Proton dan rakan strategik Geely untuk membawa industri automotif negara ke tahap lebih tinggi.

    Beliau berharap kereta EV Proton boleh dikeluarkan dari kilang ini sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada bulan Oktober bagi dipertontonkan kepada lebih 20 ketua negara yang akan hadir.

    Selain bekerjasama untuk pembangunan EV, kedua-dua syarikat juga bersedia memindahkan teknologi dan melatih anak-anak tempatan dalam ilmu kemahiran industri ini. Sebagai contoh, Proton bekerjasama dengan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) untuk menyediakan input sukatan pelajaran teknikal dan menyokong inisiatif latihan industri.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan EV Proton yang dibina di kilang ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured