More

    PROTON perkenalkan e.MAS 5 di Malaysia Autoshow 2025

    PRO-NET yang merupakan anak syarikat milik penuh PROTON, mencuri perhatian di Malaysia Autoshow 2025 dengan pendedahan awal model EV baharu, Proton e.MAS 5. Model ini disasarkan kepada golongan muda dan pembeli EV kali pertama dan dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

    Direka lebih kompak berbanding e.MAS 7, e.MAS 5 tampil dengan gaya moden dan penuh teknologi serta merupakan sebahagian usaha menyokong Rangka Tindakan Peralihan Tenaga Nasional. Bersempena pengenalan model ini, PRO-NET turut melancarkan kempen nasional “Electrify Your Life” dari 8 Mei hingga 31 Julai 2025.

    Orang ramai juga akan berpeluang merasai pengalaman EV pertama Proton, e.MAS 7 dan pratonton e.MAS 5 yang disamarkan semasa jerayawara di seluruh negara. Di bawah ialah senarai lokasi jerayawara akan datang:

    • TRX Mall, Kuala Lumpur (22–25 Mei)
    • Gurney Paragon, Pulau Pinang (13–15 Jun)
    • AEON Mall, Melaka (27–29 Jun)
    • Paradigm Mall, Johor Bahru (3–6 Julai)
    • Central i-City, Shah Alam (21-24 Ogos)

    Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Proton e.MAS atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...