More

    Proton umum sokongan Apple CarPlay, warna luaran dan dalaman baharu untuk e.MAS 7

    PROTON New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, telah melancarkan varian baharu Proton e.MAS 7 dengan beberapa peningkatan penting yang dibentuk hasil maklum balas pemilik sedia ada. Model EV paling laris di Malaysia itu kini tampil dengan pilihan warna baharu, ciri pintar yang dipertingkat serta pakej pemilikan yang lebih menarik.

    Antara pembaharuan utama termasuk kemas kini Over-the-Air (OTA) untuk sistem operasi Flyme Auto, sokongan Apple CarPlay (berwayar dan tanpa wayar) dan penambahan beberapa aplikasi pihak ketiga seperti Zoom for Cars, izi.TRAVEL serta pelayar Vivaldi. PRO-NET turut mengesahkan bahawa sokongan Android Auto akan diperkenalkan menjelang hujung tahun ini.

    Sebagai respons terhadap permintaan pengguna, Proton e.MAS 7 kini ditawarkan dalam warna luaran baharu Obsidian Black manakala pilihan dalaman eksklusif Alabaster White diperkenalkan untuk dua varian Premium iaitu Quartz Rose dan Turquoise Green. Pilihan ini terhad kepada 250 unit sahaja bagi setiap varian.

    Pengalaman pemanduan juga ditambah baik menerusi fungsi amaran bunyi kelajuan rendah EV yang kini boleh diperibadikan. Pengguna boleh memilih antara tiga bunyi seperti Classical, Galactic Note dan Space Walk dengan sistem menyimpan pilihan tersebut secara automatik untuk dimainkan semula setiap kali kenderaan dihidupkan.

    Dalam usaha memudahkan pemilikan EV, PRO-NET turut memperkenalkan pakej jualan baharu Power Pack+ yang menawarkan nilai tambah signifikan:

    • Power Home: Pengecas rumah 7kW percuma (RM1,500)
    • Power Plus: Fungsi V2L percuma (RM500)
    • Power Online: Data internet tanpa had selama 5 tahun (RM1,800)
    • Power Thru: Waranti tanpa had perbatuan selama 6 tahun, serta waranti bateri 8 tahun/160,000 km
    • Power Exchange: Rebat tukar beli RM5,000
      (Tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan pihak berkuasa)

    Sebagai tambahan, e.MAS 7 kini didatangkan standard dengan penutup ruang barangan (tonneau cover) yang juga akan diberikan secara percuma kepada pemilik sedia ada tidak lama lagi. Varian baharu Proton e.MAS 7 kini boleh didapati di semua pengedar sah Proton e.MAS di seluruh negara.

    Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi bilik pameran berhampiran untuk sesi pandu uji atau layari laman rasmi PROTON. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...