More

    Proton X50 akan dilancar pada 27 Oktober ini, akhirnya harga akan diumum!

    Proton X70 terdahulu telah mendapat tempat dalam kalangan peminat automobil di Malaysia. Proton dahulunya telah mengumumkan maklumat mengenai Proton X50, tetapi masih tidak melancar atau mengeluarkan harganya kepada pihak umum. Terkini, Proton bakal melancarkan Proton X50 secara rasmi pada 27 Oktober 2020!

    Pengumuman ini dibuat melalui siaran di laman Facebook Proton. Untuk menontonnya, anda boleh ke laman Facebook Proton pada 27 Oktober 2020, jam 10.50 pagi. Harga SUV kompak ini akan diketahui melalui acara pelancaran tersebut.

    Sepintas lalu, Proton X50 hadir dengan enjin 1.5 liter turbo, dengan empat varian; 1.5T Standard, 1.5T Executive, 1.5T Premium dan 1.5 TGDi Flagship. Turut hadir adalah kotak gear dwi-klac tujuh kelajuan, empat atau enam beg keselamatan, rim aloi 17 atau 18 inci, kerusi balutan fabrik atau kulit dan sistem infotainmen GKUI tahap 2.

    Anda boleh memilih berdasarkan empat pilihan warna; Snow White, Silver Armour, Jet Gray, Ocean Blue, Citric Orange dan Passion Red. 

    Stylish, Trendy, and Chic – these elements give a powerful presence to the PROTON X50 leaving a lasting impression…

    Posted by Proton Cars on Rabu, 21 Oktober 2020
    Sumber : Paultan.org dari berita terdahulu

    Adakah anda berminat dengan Proton X50? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Proton Cars

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured