More

    Proton X50 dilancar di Malaysia: SUV ‘Sporty’, ciri teknologi baru bermula dengan harga RM79,200

    Proton X50 kini telah dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia melalui sebuah acara siaran langsung di Facebook Proton pada hari ini. Proton X50 yang terdiri daripada empat model iaitu Flagship, Premium, Executive dan Standard ditawarkan dengan tanda harga bermula RM79,200.

    Anda boleh merujuk kepada laman web rasmi Proton untuk maklumat lanjut mengenai Proton X50 (jika tiada paparan Proton X50, ia bakal dikemas kini dalam masa terdekat). Antara spesifikasi menarik yang mencuri perhatian kami adalah ciri teknologi baharu pada kenderaan Proton seperti empat ekzos paip ekor, rekaan dalaman dan luaran dengan dua tona, kombinasi meter LCD, sokongan arahan suara dan bumbung boleh dibuka Panoramic Sunroof.

    Turut menarik perhatian kami adalah ciri yang boleh menghubungkan Proton X50 dengan telefon pintar anda. Anda juga boleh mengakses kawalan tertentu terhadap kereta melalui aplikasi Proton walaupun anda tidak berada dalam kereta ketika itu. Contohnya kawalan menghidupkan penghawa dingin terlebih dahulu sebelum anda memasuki kereta.

    Terdapat pakej menarik yang ditawarkan untuk 30,000 tempahan pertama seperti yang anda boleh lihat pada gambar di atas. Harganya pula bermula pada RM79,200 untuk varian paling rendah 1.5T Standard sehingga RM103,300 untuk varian tertinggi 1.5 TGDi Flagship.

    Adakah anda berminat untuk membeli Proton X50? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured