More

    Prototaip iPhone 13 muncul dalam talian, reka bentuk yang sedikit berbeza

    Syarikat gergasi teknologi, Apple telah mengekalkan reka bentuk telefon pintar iPhone mereka untuk beberapa tahun yang lalu dengan sedikit perubahan sahaja. Hal ini juga dikhabarkan akan berlaku pada tahun ini. Beberapa gambar prototaip iPhone 13 telah tertiris dalam talian dan ia dilihat hadir dengan sedikit perubahan berbanding siri iPhone 12.

    Melihat kepada gambar tersebut, terdapat dua telefon yang merujuk pada iPhone 13 dan iPhone 13 Pro. Untuk iPhone 13, ia dilihat menggunakan bentuk modul kamera dan bilangan sensor yang sama. Namun, kedudukan kameranya dilihat berubah dengan kedudukan silang. Lampu kilat LED juga telah berubah ke bahagian atas. Untuk iPhone 13, kedudukan kamera dan lampu LEDnya kekal sama.

    Pada bahagian hadapan pula, takuknya dilihat sedikit lebih kecil dengan kedudukan sensor yang berubah. Siri iPhone 13 juga dikatakan mempunyai badan yang sedikit lebih tebal berbanding siri iPhone 12.

    Walaupun gambar ini nampak seperti produk sebenar, ia hanyalah dari sumber tidak rasmi.

    Nantikan berita rasmi mengenai iPhone 13 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured