More

    Prototaip iPhone 13 Pro Max tunjukkan rekaan serupa dengan iPhone 12, kamera lebih besar

    iPhone 13 mungkin akan dilancarkan lama lagi pada tahun ini, namun khabar tentangnya telah pun banyak dibincangkan sejak awal tahun. Terbaru, saluran YouTube bernama Unbox Therapy telah mendapat sebuah prototaip untuk iPhone 13 Pro Max yang menunjukkan rupa luaran telefon tersebut.

    Prototaip tersebut menunjukkan rekaan yang agak serupa dengan iPhone 12 Pro Max, dengan sisi yang rata dan tiga kamera di belakang. Selain itu, prototaip itu masih mengekalkan port di bawahnya, menunjukkan bahawa port untuk wayar akan kekal dalam iPhone 13 dan bercanggah dengan teori yang mengatakan Apple akan membuat port tersebut.

    Daripada segi kamera iPhone 13 Pro Max, ketiga-tiga lensa mempunyai saiz yang lebih besar berbanding lensa iPhone 12 Pro Max. Ini mungkin menunjukkan bahawa telefon ini akan dilengkapi sensor kamera yang lebih besar di dalamnya. Di bahagian hadapan pula, saiz takuk (notch) telah dikecilkan dan alat pendengaran (earpiece) telah dipindahkan ke hujung atas telefon tersebut.

    Perbandingan kamera di antara prototaip iPhone 13 Pro Max (kiri) dengan iPhone 12 Pro Max (kanan)
    Perbandingan earpiece pada iPhone 12 Pro Max (kiri) dengan prototaip iPhone 13 Pro Max (kanan)
    Port Lightning masih dikekalkan dalam prototaip

    Memandangkan ini hanyalah prototaip, Apple masih boleh membuat perubahan terhadap rekaan akhir untuk iPhone 13 Pro Max kelak. Kongsi pendapat anda tentang rekaan ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured