More

    PTPTN lancarkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda, boleh bayar serendah RM300 sahaja

    Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memperkenalkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 buat para peminjam dana pendidikan tersebut. Kempen ini bertujuan untuk memudahkan dan menggalakkan para peminjam untuk menyelesaikan tunggakan pinjaman mereka, dengan bayaran awal serendah RM300 sahaja.

    Kempen ini juga ditubuhkan kerana kesukaran peminjam untuk melunaskan pinjaman mereka, terutamanya buat mereka yang terjejas dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada waktu ini. Ia akan berlangsung sehingga 31 Julai 2024 dan akan bantu mengurangkan dan mencapai sifar tunggakan serta memperbaiki rekod kredit peminjam.

    Ia terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dalam tempoh kempen, sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.

    Peminjam hanya perlu buat pembayaran tunggakan serendah RM300 sahaja untuk penstrukturan semula pinjaman, serta diwajibkan untuk membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik. Ini adalah bagi memastikan peminjam boleh membayar balik secara konsisten dan teratur pada setiap bulan.

    Di samping itu, para peminjam juga boleh membuat rundingan bayaran balik yang lain seperti pertukaran ujrah, penggabungan pinjaman serta penjadualan semula.

    PTPTN berharap para peminjam akan membuat komitmen bayaran balik bagi menjamin kelangsungan dana pinjaman pendidikan itu untuk anak-anak generasi akan datang. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kempen ini boleh diajukan melalui Carelin PTPTN di 03-21933000, Live Chat di laman web PTPTN, E-Aduan PTPTN, Eksekutif Jualan PTPTN dan media sosial PTPTN.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured