More

    PUBG anjurkan Fantasy Battle Royale sempena hari April Fool

    Walaupun suasana April Fool tidak begitu disambut pada tahun ini berikutan wabak COVID-19, pembina game PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) tidak akan membiarkan pandemik itu menghalang mereka daripada menawarkan kandungan yang menarik dan kelakar buat peminat mereka.

    PUBG menampilkan mod baru, Fantasy Battle Royale, di mana pemain boleh pilih antara empat kelas watak iaitu Barbarian, Wizard, Ranger dan Paladin. Sepeti biasa, mod tersebut akan meletakkan 20 pasukan (empat pemain dalam satu pasukan) untuk bersaing sehingga tinggal satu sahaja pasukan pada akhir pusingan.

    Fantasy Battle Royale tidak akan ditawarkan dalam mod solo atau pun mod pasukan yang dianggotai tiga orang. Mod ini juga menawarkan battle points sahaja dan bukan XP points.

    Selain itu, Fantasy Battle Royale menampilkan itemnya sendiri dan membolehkan pemain untuk menghasilkan craft daripadanya. Daripada segi pengangkutan pula, Fantasy Battle Royale mendatangkan motosikal dengan kepala unicorn serta kenderaan jeep UAZ yang bewarna-warni.

    Perlu diketahui bahawa mod ini hanyalah untuk PUBG dalam PC sahaja dan tidak terdapat dalam PUBG Mobile. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah memainkan mod ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: PUBG Official News

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured