More

    PUBG: BATTLEGROUNDS dan PUBG MOBILE umum kerjasama global dengan Porsche

    KRAFTON, Inc. mengumumkan kerjasama global tiga hala antara PUBG: BATTLEGROUNDS, PUBG MOBILE dan jenama automobil mewah Porsche yang akan membawa kenderaan serta kandungan bertema Porsche terus ke medan pertempuran maya. Ia akan mula diperkenalkan pada 31 Oktober 2025 menerusi treler rasmi PUBG x PUBG MOBILE x Porsche di saluran rasmi PUBG.

    Untuk pemain PC, kolaborasi ini bermula 5 November hingga 3 Disember manakala pengguna konsol boleh menikmati kandungan sama dari 13 November hingga 11 Disember. Pemain PUBG MOBILE pula akan mendapat akses bermula 5 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026.

    KRAFTON turut menganjurkan acara cabutan bertuah khas bagi pemain PC dan konsol dengan melengkapkan rekaan kenderaan Porsche atau misi harian. Pemain boleh memperoleh tiket cabutan dan berpeluang memenangi jemputan ke PUBG UNITED 2025 di Bangkok dan ganjaran G-Coin untuk pemenang tempat kedua hingga kelima.

    Bagi versi mudah alih, PUBG MOBILE x Porsche akan tiba sebagai sebahagian daripada Versi 4.1 dengan pengumuman lanjut dijangka tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kolaborasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...