More

    PUBG MOBILE anjur acara luar talian di Sunway Pyramid esok sempena Festival Musim Bunga

    PUBG MOBILE akan mengadakan sambutan Festival Musim Bunga sempena Tahun Kuda di Sunway Pyramid pada 14 Februari 2026. Program yang dijadualkan berlangsung dari jam 1.00 tengah hari hingga 4.00 petang ini bertujuan menggabungkan pengalaman dalam permainan dengan tradisi kebudayaan dunia sebenar.

    Acara luar talian ini akan menampilkan persembahan Tarian Singa serta pelbagai aktiviti interaktif termasuk PUBG Man Hunt dan cabutan bertuah untuk para pengunjung. Pihak penganjur turut menyediakan pelbagai ganjaran fizikal bagi peserta yang terlibat antaranya angpau tunai, Set Keluarga Lou Sang Halal dan kad ucapan perayaan.

    Selain itu, kod item dalam permainan turut diedarkan dengan peluang bagi peserta bertuah untuk mendapatkan kulit (skin) SKS secara kekal. Menurut wakil PUBG MOBILE, acara ini merupakan inisiatif untuk menghubungkan komuniti pemain secara fizikal sambil mengekalkan elemen tradisi Tahun Baru Cina.

    Sambutan ini turut melibatkan acara dalam permainan yang dijadualkan berlangsung sehingga 3 Mac 2026. Sepanjang tempoh tersebut, pemain boleh memperoleh ganjaran bertema seperti Celestial Steed Avatar dan barangan edisi rahsia melalui sistem blind box drop. Ganjaran log masuk tambahan yang disediakan termasuk bingkai avatar dan pek suara Golden Pegasus.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured