More

    PUBG MOBILE bawa tema seram dengan Kemas Kini 4.0, boleh main sehingga 4 November 2025

    Permainan mudah alih popular PUBG MOBILE baru-baru ini mengumumkan Kemas Kini Versi 4.0 yang membawa tema seram Spooky Soiree dan boleh dimainkan sehingga 4 November 2025. Pemain boleh meneroka rumah agam berhantu, bekerjasama dengan makhluk ghaib dan mendapatkan pelbagai item khas.

    Kemas kini ini akan disediakan dalam peta Erangel, Livik dan Rondo. Pemain boleh bergabung dengan Ghostie iaitu teman hantu peribadi yang mempunyai pelbagai kemahiran untuk diguna dalam permainan. Pemain yang tersingkir pula akan bertukar menjadi Prankster Ghosts dan boleh mempengaruhi permainan dengan kebolehan khas seperti Bomb, Scan dan Shield.

    Terdapat juga kenderaan khas bernama Magic Broom yang boleh menerbangkan dua pemain dan melakukan serangan sapuan untuk menolak musuh. Haunted Sight pula membenarkan anda tukar antara zum 1x-4x dengan animasi dan audio unik.

    Khas untuk peta Erangel dan Livik, kedua-duanya mempunyai rumah agam Wraithmoor Mansion yang penuh dengan pelbagai dekorasi seram.

    Selain rumah agam, kedua-dua peta juga menawarkan Moonlight Festival Checkpoint yang menampilkan pavilion gaya Timur di atas air, dengan hidangan kek bulan untuk memulihkan kesihatan dan tenaga. Dari 20 Oktober hingga 2 November 2025, Day of Gathering Checkpoint membawa dekorasi tengkorak dan bunga marigold, bersama Day of Gathering Chocolate sebagai hidangan perayaan.

    Anda boleh sertai acara khas PUBG MOBILE ini dengan memuat turun daripada Apple App Store atau Google Play Store. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured