More

    PUBG MOBILE bekerjasama dengan Dying Light untuk bawa kandungan bertemakan zombi

    Buat para pemain game mudah alih popular PUBG MOBILE, anda boleh mainkan kandungan khas di dalamnya yang dibina dengan kolaborasi siri game seram popular Dying Light: The Beast.

    Ini merupakan kolaborasi pertama antara dua siri game ini, di mana para pemain boleh berlawan dengan zombi-zombi dari Dying Light seperti Biter, Viral dan Charger yang akan muncul di seluruh Livik dan Erangel.

    Semua zombi di atas boleh dijumpa dalam bangunan castor Woods. Para pemain yang berjaya menumpaskan mereka akan menerima item unik seperti Baseball Bat dan picagari Genome Synthetic Boster. Picagari ini membenarkan pemain mengaktifkan Beast Mode untuk meningkatkan kelajuan pergerakan, mengurangkan kerosakan tambahan dan melakukan serangan Aerial Smash.

    Dalam WOW Mode, pemain akan menemui lima jenis zombi dan peta crossover rasmi yang bertemakan Dying Light: The Beast. Ia akan menyusuli pelancaran World of Wonder 1.0 dalam PUBG MOBILE Version 4.0 yang menawarkan lebih banyak kuasa dan akses kepada alat penciptaan.

    Acara PUBG MOBILE x Dying Light: The Beast ini akan berlangsung sehingga 4 November 2025. Anda boleh muat turun PUBG MOBILE dari Apple App Store atau Google Play Store.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memainkan kandungan khas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured