More

    PUBG MOBILE bekerjasama dengan MASDO untuk bawa kandungan khas buat para peminat

    Game mudah alih popular PUBG MOBILE baru-baru ini mengumumkan kerjasamanya dengan kumpulan retro-pop popular MASDO bagi menawarkan kandungan khas buat para peminatnya.

    Bermula 27 Ogos sehingga 30 September 2025, para pemain boleh dapatkan dialog audio (voiceline) dan lagu kolaborasi pertama dalam permainan. Anda kini boleh dapatkan lagu kolaborasi pertama, “Bertemu Kembali”, yang dilancar pada Mac 2025 dan simpan secara percuma buat selama-lamanya selepas menyelesaikan misi dalam permainan.

    Anda juga boleh dapatkan MASDO Base Edition Voice Pack yang mengandungi pelbagai suara oleh ahli-ahli MASDO iaitu Ali Sariah, Asmawi dan Putu Ceri dengan percuma dan simpan secara kekal.

    Selain itu, MASDO akan melancarkan lagu kolaborasi kedua dengan PUBG MOBILE bertajuk “Setia Bersamamu”. Sempena lagu ini, PUBG MOBILE menawarkan 20 dialog audio eksklusif MSDO yang boleh didapati dengan menggunakan satu Ocean Crystal.

    Adakah anda berminat dengan kolaborasi antara PUBG MOBILE dengan MASDO ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured