More

    PUBG MOBILE dan UiTM jalin kerjasama, buka laluan kerjaya e-sukan untuk pelajar

    PUBG MOBILE secara rasmi menjalin kerjasama strategik dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang membuka laluan baharu kepada pembangunan bakat dalam industri e-sukan dan digital di Malaysia.

    Kerjasama berskala nasional ini melibatkan rangkaian kampus UiTM di seluruh negara dan memberi fokus kepada pembangunan kemahiran pelajar dalam bidang permainan, e-sukan serta ekonomi digital masa hadapan. Pelajar UiTM bakal menikmati pelbagai peluang termasuk penempatan akademik, latihan industri dan penglibatan dalam projek penyelidikan.

    Selain itu, kerjasama turut merangkumi penubuhan kelab e-sukan rasmi, penganjuran kejohanan kampus dan pelbagai aktiviti interaktif bagi mengasah kemahiran kompetitif serta kreativiti pelajar. Dalam masa sama, kedua-dua pihak akan bekerjasama menganjurkan simposium, persidangan dan kursus jangka pendek bagi memperkukuh perkongsian ilmu dalam bidang pengajaran, pembangunan pelajar serta penyelidikan.

    Pada masa hadapan, kerjasama ini dijangka memperkenalkan kejohanan kampus PUBG MOBILE di seluruh UiTM yang membuka peluang kepada pelajar untuk bersaing di peringkat lebih tinggi termasuk liga e-sukan profesional. Selain itu, inisiatif khas juga akan dilaksanakan bagi menyokong pembangunan bakat pencipta kandungan dalam kalangan pelajar bagi memperkukuh kehadiran mereka dalam ekosistem digital.

    Majlis menandatangani MoU tersebut turut disaksikan oleh Ahmad Maslan bersama barisan kepimpinan kedua-dua pihak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...