Acara PUBG MOBILE Skate Jam yang berlangsung di 1 Utama Skate Park hujung minggu lalu berjaya menarik lebih 200 pengunjung dengan memperlihatkan gabungan unik komuniti papan selaju dan permainan video.
Acara ini menjadi tumpuan dengan pengenalan hoverboard baharu dalam Kemas Kini Versi 3.9 PUBG MOBILE yang membolehkan pergerakan lebih pantas di medan pertempuran maya. Pelbagai aktiviti mencabar kemahiran pemain papan selaju diadakan termasuk Cash for Tricks dan Game of Skate. Peserta bersaing bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM10,000.




Dalam cabaran Cash for Tricks, peserta mempamerkan aksi trik terbaik untuk membawa pulang sebahagian daripada hadiah wang tunai RM5,000. Sementara itu, 16 peserta papan selaju berentap dalam format penyingkiran tunggal bagi kejohanan Game of Skate yang turut menawarkan kumpulan hadiah RM5,000.
Akhirnya, Sora muncul juara selepas mempamerkan aksi luar biasa diikuti oleh Gee di tempat kedua dan Acap di tempat ketiga. Personaliti papan selaju popular seperti Daddyhood dan Nizar/Ja turut hadir memeriahkan suasana di samping kehadiran Homebois PUBG MOBILE dan Thieves Skateboards yang menunjukkan sokongan terhadap kolaborasi komuniti tempatan.




Kemas kini versi terbaru PUBG MOBILE hadir dengan kolaborasi epik bersama TRANSFORMERS yang membolehkan pemain memilih untuk bertempur di sisi Optimus Prime atau Megatron bagi membuka ganjaran eksklusif, bergerak pantas di medan pertempuran menggunakan Cosmic Hoverboard dan meneroka Neon Outpost iaitu lokasi baharu bertema siberpunk.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






