More

    PUBG Mobile tambah pek suara dialek tempatan baharu bersempena Hari Malaysia

    PUBG MOBILE yang merupakan permainan mudah alih battle royale antara paling popular di dunia kini meraikan Hari Malaysia dengan menambah pek suara dialek baharu pada permainan. Tahun ini, pemain boleh belajar budaya Malaysia dengan penambahan dialek Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak.

    Untuk pengetahuan, sebelum dialek yang disebutkan di atas ditambah, terdapat tiga pek dialek tempatan telah dilancarkan pada tahun lepas iaitu dialek Sabah, Kedah dan Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu).

    Untuk meningkatkan suasana sambutan, PUBG MOBILE juga telah membawa kembali pakaian dan set senjata Nasi Lemak dan Roti John yang popular untuk masa yang terhad. Pek suara dialek yang baru ditambah bersama-sama dengan item Nasi Lemak dan Roti John yang kembali akan tersedia dalam permainan bermula dari 14 September hingga 31 Oktober 2024.

    Pemain boleh menikmati pengalaman yang unik dan mengasyikkan semasa bertarung di dunia maya sambil meraikan semangat bulan sambutan Hari Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured