More

    PUBG Mobile tawarkan kandungan khas bertemakan siri anime Attack on Titan

    Buat para pemain game mudah alih popular PUBG Mobile, anda boleh dapatkan kemas kini Version 3.8 Update yang menawarkan pelbagai kandungan bertemakan Steampunk Frontier serta kandungan eksklusif bersama siri anime popular Attack on Titan.

    Kemas kini ini menawarkan kandungan khas dalam peta Erangel, Livik dan Rondo dan menawarkan kawasan tambahan baharu seperti Aetherholm Train Station, Utgard Castle dan banyak lagi. Pemain boleh pergi ke kawasan baharu ini dengan kereta api.

    Utgard Castle adalah lokasi yang pasti dikenali oleh peminat Attack on Titan dan anda kini boleh menerokainya dalam PUBG Mobile. Anda juga boleh bertukar kepada gergasi Titan dengan suntikan Titan Serum atau Attack Titan Serum. Perlu diingati bahawa satu sahaja Attack Titan Serum ditawarkan dalam setiap pusingan kerana ia memberikan kuasa yang sangat tinggi kepada pemain.

    Untuk pemain yang ingin menentang Titan pula, anda boleh gunakan alat gerakan Omni-Directional Mobility (ODM) seperti yang digunakan oleh watak-watak dalam Attack on Titan untuk bergerak pantas.

    Selain itu, mod Steampunk Frontier memperkenalkan kereta api Epoch Cargo Train yang tiba di stesen Aetherholm. Ia akan berhenti buat seketika dan pemain boleh meneroka kereta api tersebut, menyelesaikan teka-teki untuk dapatkan ganjaran khas, cari special crates, berinteraksi dengan Clockwork Attendants dan beli item daripada Clockwork Merchants.

    Anda juga boleh naiki rollercoaster di Rollercoaster Checkpoint dan lawati Early Summer Jubilee Checkpoint untuk mengambil gambar bersama rakan-rakan.

    Terdapat juga kandungan baharu dalam World of Wonder, seperti senjata Welding Gun dan M3E1-A Missile Launcher, musuh Velociraptor, kenderaan T. Rex Animal Vehicle, Aromored Vehicle dan bas, serta skill baharu seperti Fixed Air Raid, Incendiary Bomb dan banyak lagi.

    Anda boleh layari laman web PUBG Mobile untuk ketahui semua kemas kini baharu yang ditawarkan dalam Version 3.8. Anda boleh memainkan kandungan eksklusif ini sehingga 9 Julai 2025.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured