Buat para pemain game mudah alih popular PUBG MOBILE, anda boleh dapatkan kandungan khas bertemakan watak popular Sonic the Hedgehog dalam game ini pada 3 hingga 30 Oktober 2025. Anda boleh dapatkan pelbagai barangan khas bertemakan Sonic melalui acara Lucky Spin atau beraksi bersama pelbagai watak daripada siri animasi Sonic.
Anda boleh dapatkan set karakter bertemakan Sonic seperti Sonic Style Set dan Tails Style Set, serta senjata seperti Sonic Vector dan Cube Wispon Machete. Anda juga boleh dapatkan barangan koleksi seperti Power Sneakers Ornament, Sonic Ornament dan Tails Ornament untuk menambah gaya permainan, manakala item seperti Sonic Home Statue, Sonic Space Gift dan Tails Space Gift akan mengubah susana persekitaran pemain.
Selain item, anda boleh naik kenderaan khas seperti Speedster Buggy, Team Sonic Speedboat, Sonic Pan dan payung terjun Team Sonic Parachute. Untuk mengubah suai profil, anda boleh dapatkan Sonic Avatar dan Sonic Avatar Frame.
PUBG MOBILE boleh dimuat turun dari Apple App Store atau Google Play Store. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






