More

    PUBG Mobile tawarkan kandungan khas sempena filem Venom: The Last Dance

    Sempena penyiaran filem Venom: The Last Dance di pawagam seluruh negara pada waktu ini, game mudah alih popular PUBG Mobile akan menganjurkan acara kolaborasi khas PUBG Mobile x Venom: The Last Dance yang menyediakan pelbagai item menarik dalam game.

    Acara dalam game PUBG Mobile ini akan berlangsung sehingga 10 November 2024. Berikut adalah senarai item dan kuasa yang boleh dimainkan oleh para pemain sepanjang acara ini:

    • Black Symbiote Arm: Kuasa khas di mana tangan karakter pemain boleh dipanjangkan untuk menarik musuh dan melonjakkan diri ke objek tertentu
    • Black Symbiote Warhorses: Berikan kuasa yang lebih tinggi kepada kuda, dan karakter pemain boleh melontar tombak Black Symbiote Lance
    • Black Symbiote Clusters: Longgokan item khas yang memberikan kebolehan Black Symbiote Arm dan Warhorses

    Bagi menyambut acara game ini, pihak PUBG Mobile telah mengadakan tayangan khas Venom: The Last Dance pada 26 Oktober 2024 di Pavilion Kuala Lumpur untuk pihak media dan para pemain PUBG Mobile yang bertuah.

    PUBG Mobile boleh dimuat turun melalui aplikasi Apple App Store atau Google Play Store. Beritahu kami di Facebook jika anda akan memainkannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured