More

    PUBG MOBILE x Attack on Titan gegar Sunway Velocity dengan hampir 10,000 pengunjung

    Acara kolaborasi antara permainan mudah alih popular PUBG MOBILE dan siri anime terkenal Attack on Titan mencatat kejayaan luar biasa apabila hampir 10,000 pengunjung membanjiri Sunway Velocity Mall sepanjang tiga hari penganjuran, dari 31 Mei hingga 2 Jun lalu.

    Dianjurkan sempena pelancaran kemas kini terkini permainan tersebut, acara ini menyaksikan sambutan hangat daripada peminat anime dan komuniti permainan video tempatan. Pengunjung disajikan pelbagai aktiviti interaktif termasuk photobooth, sesi undian senjata kegemaran, permainan langsung dan kuiz bunyi senjata yang menceriakan suasana sepanjang hujung minggu.

    Kemas kini PUBG MOBILE Versi 3.8 bertemakan Steampunk Frontier memperkenalkan kandungan khas Attack on Titan termasuk transformasi Eren menjadi Attack Titan dan Armin menjadi Colossal Titan eksklusif kepada pemain yang memiliki set watak berkaitan.

    Ciri baharu seperti Omni-Directional Mobility Gear (ODM) dan peta berkonsep steampunk yang lengkap dengan kereta api wap, belon udara dan hab Aetherholm menambah lagi elemen keseronokan. Set watak Eren, Armin, Levi dan Mikasa hadir dalam dua gaya (animasi dan 3D realistik) bersama pelbagai item bertema seperti kostum Titan, Colossal Titan Dacia serta kelengkapan Scout Regiment.

    Kandungan ini boleh diakses sehingga 6 Julai 2025 dan PUBG MOBILE boleh dimuat turun percuma di App Store dan Google Play Store. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kolaborasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...