Selepas MASDO, PUBG MOBILE kini mengumumkan kerjasama rasmi bersama pengeluar automotif Britain, Lotus, yang membawa masuk dua model kereta sukan ikonik iaitu Lotus Emira dan Lotus Emeya ke dalam permainan popular tersebut. Kolaborasi dalam permainan bermula 19 September sehingga 4 November 2025.
Lotus Emira hadir dengan pilihan warna Deep Grove dan Azure Drift manakala Lotus Emeya ditawarkan dalam warna Golden Sprint serta Ungu Volt. Selain kenderaan, beberapa aksesori eksklusif turut diperkenalkan termasuk Spoiler Blackwasp dan Stormrush, payung terjun Lotus, serta item bermusim seperti Lampiran Labah-labah dan Lampiran Labu.
Semua tambahan ini memberi peluang kepada pemain untuk memperibadikan pengalaman permainan mengikut gaya mereka dengan sentuhan Lotus. Permainan PUBG MOBILE boleh dimuat turun secara percuma menerusi App Store dan Google Play Store untuk menyertai acara istimewa ini.
Adakah anda berminat dengan kolaborasi antara PUBG MOBILE dengan Lotus ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






