More

    Public Bank tidak boleh diakses melalui beberapa pelayar web bermula Februari 2024

    Jika anda merupakan pelanggan Public Bank, anda perlu tahu bahawa perkhidmatan perbankan internetnya, PBe Online Banking, tidak boleh lagi diakses melalui beberapa pelayar web (web browsers) yang sudah lama.

    Bermula 27 Februari 2024, berikut adalah senarai pelayar web yang tidak boleh lagi mengakses PBe:

    • Google Chrome, versi sebelum 115
    • Mozilla Firefox, versi sebelum 115
    • Microsoft Edge, versi sebelum 115
    • Opera, versi sebelum 100

    Anda dinasihatkan untuk sentiasa mengemas kini pelayar web dalam komputer anda supaya anda menggunakan versi yang terkini. Untuk mengenal pasti versi pelayar web, anda boleh pergi ke Tetapan (Settings) kemudian pergi ke ruang Tentang (About).

    Beritahu kami di Facebook jika ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Public Bank

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured